14 PPS dibuka akibat banjir

PUTRAJAYA – Seramai 545 penduduk terjejas banjir ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri, setakat jam 5 petang tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa daripada 189 keluarga itu ditempatkan di PPS di Terengganu, Sarawak, Sabah, Kelantan, Selangor dan Pahang, lapor Berita Harian.

Di Terengganu, seramai 204 mangsa daripada 68 keluarga ditempatkan di enam PPS iaitu dua di Kemaman dan empat di Hulu Terengganu.

Di Sarawak, seramai 140 mangsa daripada 55 keluarga berada di empat PPS di Miri, manakala di Sabah, 62 mangsa daripada 30 keluarga di sebuah PPS di Tawau.

Selain itu, seramai 54 mangsa daripada 19 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Gua Musang, Kelantan; 38 mangsa daripada sembilan keluarga di sebuah PPS di Cameron Highlands, Pahang dan 47 mangsa daripada lapan keluarga di Gombak, Selangor.

Sementara itu, berdasarkan laman web rasmi Puclic Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran, enam kawasan di Sarawak, Terengganu, Perak dan Selangor mencatatkan aras air melebihi tahap bahaya, setakat jam 5 petang ini.

Situasi itu direkodkan di Stesen Long Teru dan Marudi, Miri; Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut dan Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih (F2), Kemaman, Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak dan P/A Pandamaran, Klang.

Pada masa sama, empat kawasan merekodkan aras air berada pada tahap amaran iaitu Benawa, Miri; Jam Chegar Perah (F1), Lipis; Sungai Slim di Slim River, Muallim dan Sungai Buloh di Parit Mahang, Kuala Selangor.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai