SADA perkukuh peranan sebagai nadi pembangunan Sri Aman

SRI AMAN – Sri Aman Development Agency (SADA) terus komited menjadi sebuah agensi yang memacu pembangunan mampan untuk manfaat penduduk di bahagian itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, SADA terlibat dalam urusan pentadbiran serta perancangan pembangunan di Bahagian Sri Aman menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, ekonomi setempat dan kesejahteraan rakyat.

“SADA akan terus memastikan setiap inci perancangan pembangunan dilaksana secara menyeluruh. Pelbagai projek berimpak tinggi telah siap, sedang, dan bakal dilaksana selaras dengan agenda pembangunan Sarawak, khususnya dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

“Antara fokus utama SADA termasuklah pembangunan kemudahan asas, pengukuhan sektor ekpelancongan berasaskan komuniti (CBET), pelaksanaan projek berorientasikan rakyat yang mampu menjana peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

SADA turut menegaskan bahawa kerjasama strategik dengan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pemegang taruh akan terus diperkukuh bagi memastikan setiap projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

“Saya sependapat dengan Residen Bahagian Sri Aman. Memetik perutusan beliau yang dikeluarkan baru-baru ini, apabila lebih banyak pembangunan siap kelak seperti pembinaan jalan raya, ianya akan memberi kemudahan kepada rakyat. Sebagai contoh, jika pembinaan jajaran Jalan Kedua Utama (Second Trunk Road) Sebuyau-Lingga, jalan Betong-Sri Aman, serta jambatan Batang Lupar 2 siap, ianya akan menjadikan daerah Lingga sebagai antara laluan utama pengguna jalan raya terutama dari sekitar Lingga, bahagian Kuching, Samarahan dan Betong,” ujar beliau ketika mengulas kenyataan Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.

Rohani berharap agar segala usaha murni yang digembleng oleh semua pihak dalam memajukan Sri Aman khususnya, serta seluruh negeri ini dapat dilaksana dengan berkesan demi memacu pembangunan seterusnya dapat direalisasikan dengan sempurna demi kesejahteraan dan kepentingan rakyat.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada barisan Penaung Regatta Lingga 2025 yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemandu SADA, terdiri daripada ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohd Shafizan Kipli dan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Sophia Dorris Brodie serta Jawatankuasa Induk Regatta Lingga 2025 kerana sudi menjemput SADA sebagai salah sebuah agensi pempamer sempena regatta yang berlangsung 12-14 Disember.

Menurutnya, usaha berkenaan merupakan langkah yang amat baik kerana bukan sahaja memperkukuh kerjasama antara agensi, malah berupaya mengetengahkan dan mendedahkan pelbagai usaha pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak di kawasan itu kepada komuniti serta para pengunjung yang hadir menyaksikan Regatta Lingga.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak