Lelaki jatuh gaung selepas diserang gajah liar

GERIK – Seorang lelaki Orang Asli cedera selepas diserang seekor gajah liar ketika keluar mencari hasil hutan di Jalan Kampung Pengkalan Permai, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Air Banun, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.26 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa berusia 30 tahun menunggang sebuah motosikal bersama seorang rakan sebagai pembonceng, selain ditemani abangnya yang menunggang motosikal berasingan bagi mencari hasil hutan sekitar jam 9.30 pagi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, abang mangsa berusia 34 tahun yang berada di hadapan ternampak seekor gajah di tepi jalan sebelum bertindak memecut melepasi haiwan liar berkenaan.

“Namun, mangsa dan rakannya tidak sempat berbuat demikian lalu memberhentikan motosikal untuk menyelamatkan diri. Secara tiba-tiba, gajah terbabit menarik penunggang motosikal tersebut sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam gaung, manakala pembonceng sempat melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Abdul Samad berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka serta sakit pada anggota badan dan telah dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, abang mangsa serta rakan mangsa yang menjadi pembonceng tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui laluan di kawasan RPS Air Banun berikutan kebimbangan kehadiran haiwan liar yang melintas atau berada di atas jalan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, kawasan berkenaan sememangnya merupakan habitat hidupan liar.

Katanya, Perhilitan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak telah bekerjasama memasang hampir 400 lampu jalan serta ratusan papan tanda amaran hidupan liar melintas di sekitar lokasi terbabit bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak