KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KEMAMAN — Kementerian Pendidikan (KPM) komited menangani isu keciciran prasekolah bagi memastikan murid yang bakal memasuki Tahun 1 memiliki kemahiran literasi dan numerasi mencukupi untuk mengikuti silibus pembelajaran dengan berkesan.

Pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Pendidikan, Dr Radin Mohd Imaddudin Radin Abdul Halim berkata, isu keciciran prasekolah perlu ditangani secara serius kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap pencapaian murid di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Menurut beliau, sekitar 30,000 kanak-kanak dilaporkan tercicir daripada pendidikan prasekolah setiap tahun, satu angka yang membimbangkan kerana ketiadaan asas literasi dan numerasi meningkatkan risiko keciciran di peringkat seterusnya.

“Sekiranya asas ini tidak dibina sejak awal, kebarangkalian murid untuk terus tercicir di sekolah rendah dan menengah adalah lebih tinggi,” katanya, ketika berucap pada Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, KPM telah merangka pelbagai inisiatif termasuk membuka lebih banyak prasekolah kelolaan kementerian bermula tahun hadapan, selain meningkatkan peruntukan pendidikan prasekolah.

Beliau turut berkata, pindaan Akta Pendidikan 1996 yang mewajibkan pendidikan menengah bermula tahun hadapan perlu digerakkan secara menyeluruh, dengan penekanan kepada pemerkasaan asas pembelajaran di peringkat prasekolah dan sekolah rendah bagi memastikan tiada murid tercicir di peringkat menengah kelak.

Program Titipan Kasih Kembali Ke Sekolah dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Aspirasi Sejahtera (WANIS) dengan kerjasama SK Seri Jaya, melibatkan penyampaian sumbangan peralatan sekolah kepada 400 penerima daripada golongan B40 dan keluarga kurang berkemampuan sebagai persediaan sesi persekolahan akan datang.

Program tersebut turut diserikan dengan pembukaan reruai oleh Rayyan Optometri, Klinik Ahlan, My Digital ID dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung, selain Jualan Rahmah di bawah kendalian KPDNKK.

Selain itu, Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) turut mengadakan ceramah berkaitan konsep MADANI kepada pengunjung yang hadir.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP