Jafry tekad perkukuh kedudukan UMNO Sabah

KOTA KINABALU – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin yang baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas kepercayaan melantik barisan kepimpinan baharu.

“Pelantikan ini merupakan satu tanggungjawab besar yang akan kami pikul bersama-sama dengan semangat perpaduan dan tekad untuk memperkukuh kedudukan parti di Sabah.

“Saya turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Mohd Hasnol Ayub serta Samasuddin Yusop atas pelantikan masing-masing,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Jelasnya, fokus utama mereka adalah memastikan penyelarasan parti dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, memperhebat gerak kerja di setiap peringkat dan memperkukuh hubungan dengan rakyat melalui peranan UMNO sebagai parti yang sentiasa komited memperjuangkan kepentingan negeri Sabah.

Menurutnya, UMNO Sabah akan terus memperkukuh hubungan dengan rakyat melalui peranan sebagai parti yang konsisten memperjuangkan kepentingan negeri.

“Dalam suasana politik hari ini, keutamaan kita adalah memperkukuh pentadbiran dan membina Sabah bersama melangkaui perbezaan politik demi kepentingan rakyat dan masa depan negeri,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru seluruh kepimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat agar terus bersatu, memperkukuh saf dan memberikan sokongan padu demi memastikan UMNO Sabah menjadi wadah politik yang berkesan, dihormati serta relevan dalam membela rakyat dan mendukung kerajaan negeri.

“Dengan iltizam serta kerjasama semua pihak, Insya-Allah UMNO Sabah akan terus bergerak ke hadapan sebagai sebuah parti yang kuat, stabil dan menjadi pilihan rakyat,” tambahnya.

Related Posts

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

SUBANG – Seramai 11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Nepal hari ini bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan operasi mencari serta menyelamat susulan bencana yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Program di bawah Geran Perpaduan Kementerian Perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16