Belanjawan Pahang 2026 tanda amanah, wibawa kerajaan negeri

KUANTAN – Belanjawan Pahang 2026 adalah realistik, berani dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Demikian ucapan perbahasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah, ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, hari ini.

“Belanjawan ini mencerminkan pentadbiran negeri yang stabil dan kompeten.

“Kemampuan Pahang merekodkan pendapatan melebihi RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut membuktikan dasar fiskal negeri berada pada landasan tepat.

“Ini hasil kerja kuat kerajaan negeri — kepimpinan yang amanah dan tidak bermain dengan duit rakyat,” katanya.

Ahmad Irshadi adalah pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Pekan.

Beliau juga memuji komitmen kerajaan negeri dalam pembangunan pendidikan Islam, termasuk maahad tahfiz, sekolah agama rakyat, guru KAFA, guru takmir dan institusi masjid.

“Inisiatif terbaharu Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi ‘Jelajah Masyarakat Qurani Negeri Dirahmati’ – yang menyediakan kelas talaqqi al-Quran bersanad dan hafazan untuk masyarakat umum sangat bagus.

“Ini bukan perbelanjaan yang hilang, tetapi pelaburan modal insan untuk generasi berakhlak dan berilmu,” jelasnya.

ADUN Lantikan itu turut menegur pendekatan pembangkang yang didakwa ‘lebih cenderung membina persepsi negatif’ berbanding memberi saranan membina.

“Kerajaan yang kuat memerlukan pembangkang berwibawa, bukan pembangkang yang ‘mengherotkan’ fakta atau menabur keraguan,” katanya, sambil menyatakan bahawa DUN adalah medan intelektual, bukan tempat retorik kosong.

Ahmad Irshadi dalam pada itu menyatakan beberapa alasan utama dalam menyokong Belanjawan 2026 dibentangkan Jumaat lalu.

“Ia (belanjawan) yang dikemukakan berteraskan kepentingan rakyat dengan memberi fokus kepada pendidikan, kebajikan, infrastruktur, belia, ekonomi digital, keagamaan dan kelestarian.

“Selain itu, ia juga berpaksikan data dan analisis fiskal teliti… dibina atas kemampuan hasil dan realiti ekonomi semasa, bukan retorik,” katanya.

Beliau menyatakan sokongan penuh terhadap Belanjawan Pahang 2026, sambil mendoakan agar Pahang terus diberkati dan rakyatnya hidup dalam kemakmuran.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi