Detik cemas di Batu Niah, empat mangsa banjir diselamatkan

NIAH – Seramai empat lelaki berjaya diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda akibat banjir di Jalan Penerangan, Sepupok Niah pada pagi Selasa.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.09 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi, PBK I Awang Azwan berkata, setibanya di tempat kejadian, kesemua mangsa didapati masih berada di atas kenderaan mereka yang dikelilingi air banjir.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan sebuah bot bagi memindahkan kesemua mangsa ke kawasan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat, tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Seramai lima anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan sebuah kenderaan Hilux dan sebuah bot penyelamat.

Operasi menyelamat telah ditamatkan selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan