375 penduduk dipindahkan akibat banjir di Batu Niah

BATU NIAH – Seramai 375 penduduk membabitkan 84 keluarga dari dua kawasan perumahan di RH Aron Skim dan RH Lumpoh, Sepupok, di sini terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air awal pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.30 tengah malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati banjir berlaku di dua buah kawasan perumahan bersebelahan. Operasi pemindahan mangsa dilaksanakan melibatkan keseluruhan 375 orang penduduk,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kesemua mangsa dipindahkan ke rumah saudara-mara masing-masing dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Operasi pemindahan dikawal sepenuhnya pada jam 5.23 pagi sebelum ditamatkan jam 6.21 pagi setelah keadaan dinilai selamat.

Dalam kejadian itu, RH Lumpoh melibatkan 27 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 119 orang, manakala RH Aron Skim membabitkan 57 keluarga dengan 256 penduduk.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Jeffery Majin bersama-sama enam anggota menggunakan sebuah jentera jenis Hilux.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan keadaan paras air terus dipantau oleh pihak bomba.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula