UKAS anjur Persidangan Belanjawan Sarawak 2026 di BCCK

KUCHING – Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dengan kerjasama Sarawak Centre of Performance Excellence Sdn Bhd (SCOPE), Leadership Institute of Sarawak Civil Service dan SALIHIN Academy akan menganjurkan Persidangan Belanjawan Sarawak 2026 pada 16 dan 17 Disember 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Bertemakan ‘Empowering People, Advancing Prosperity, Building A Resilient Future’, persidangan itu bertujuan menjadi platform untuk membincangkan dasar fiskal, keutamaan ekonomi dan hala tuju pembangunan negeri selaras dengan agenda pembangunan Sarawak serta kerangka ekonomi MADANI.

Program berkenaan turut menampilkan sesi khas ‘A Moment with the Premier of Sarawak’ bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang akan menggariskan aspirasi serta tumpuan utama Belanjawan Sarawak 2026.

Hari pertama persidangan akan memberi fokus kepada tinjauan ekonomi Malaysia–Sarawak, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta usaha peralihan negeri ke arah ekonomi hijau, selain sesi bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan II.

Hari kedua pula akan membincangkan pelaksanaan e-invois dan semakan SST, strategi pendigitalan PMKS serta isu ketidaktentuan perdagangan global. Sesi kedua ‘A Moment with the Premier of Sarawak’ turut dijadualkan bagi memperincikan aspirasi belanjawan negeri.

Persidangan itu juga akan menyaksikan pelancaran penerbitan ‘Doing Business in Sarawak’ yang menghimpunkan maklumat mengenai potensi pelaburan dan kekuatan ekonomi negeri.

Pendaftaran kini dibuka dan 300 peserta terawal berpeluang menerima tiket penerbangan Air Borneo. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi SCOPE di talian 082-231230 atau emel husna@scope.net.my.

Related Posts

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM9.62 juta bagi melaksanakan pelbagai projek naik taraf di Program Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak yang bakal memberi manfaat kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih, Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih, Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

Terima keputusan PRN dengan hati terbuka, Elia Nadira tekad terus berbakti kepada rakyat Tenang

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua petang ini

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor penggal kedua petang ini

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran