40 kenderaan diesel, 56 motosikal diperiksa dalam Ops Gerak sempena Hari Ozon

KOTA KINABALU – Sebanyak 40 kenderaan diesel dan 56 motosikal diperiksa dalam Operasi Gerak Kenderaan Motor Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Ozon 2025 yang dilaksanakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama beberapa agensi penguat kuasa.

Operasi bersepadu itu disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan pematuhan terhadap tahap pelepasan asap, kawalan bunyi bising serta pengendalian bahan yang memusnahkan lapisan ozon.

Menurut Pengarah JAS Sabah, Nor Rashidah Mohd Ghazali, pemeriksaan terhadap kenderaan perdagangan dan persendirian mendapati empat kenderaan diesel gagal mematuhi tahap pelepasan asap dibenarkan manakala enam motosikal tidak memenuhi piawaian bunyi bising.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut tujuh kompaun dan lima notis arahan telah dikeluarkan oleh JAS kepada pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya semasa sidang media Ops Gerak Kebangsaan yang diadakan di Taman Awam Teluk Likas, di sini pada Isnin.

Tambahnya, beliau berkata pihak polis turut mengeluarkan 23 kompaun atas pelbagai kesalahan lalu lintas, manakala JPJ mengeluarkan 80 notis terhadap kenderaan yang melakukan pelanggaran peraturan jalan raya.

Sementara itu, AADK menjalankan 30 pemeriksaan saringan ke atas pemandu dan semuanya disahkan negatif daripada penyalahgunaan dadah.

“Operasi ini merupakan sebahagian daripada Operasi Gerak Nasional Hari Ozon 2025 yang dilancarkan Ketua Pengarah JAS, Datuk Wan Abdul Latif Wan Jaffar, pada 4 Disember lalu di Kuching, Sarawak.

“Di Sabah, operasi bermula pada 5 Disember di sekitar Jalan UMS, Likas, sebelum diteruskan pada 8 Disember di Jalan Tun Fuad Stephens dan Taman Awam Likas.

“Pelaksanaan operasi ini memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan alam sekitar, khususnya berkaitan pelepasan asap, kawalan bunyi bising dan pengurusan bahan perosak ozon bagi melindungi kualiti udara,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pemilik kenderaan diesel, termasuk syarikat pengangkutan awam dan persendirian, supaya melakukan penyelenggaraan enjin secara berkala, menggunakan minyak pelincir berkualiti dan memastikan sistem ekzos serta catalytic converter berada dalam keadaan baik.

“Orang awam juga digalakkan menyalurkan aduan berkaitan kenderaan yang mengeluarkan asap hitam dengan mengemukakan nombor pendaftaran kenderaan kepada JAS untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Related Posts

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan berhubung insiden salah laku membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Rawang yang tular…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

SHAH ALAM – Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) berjaya melaksanakan Program Pra Saringan Murid Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan kesemua 13 prasekolah di bawah pentadbiran JAIS di seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS