‘BE in SABAH 2026’ dijangka himpun 800 delegasi, terus perkasa ekosistem acara perniagaan antarabangsa

KOTA KINABALU – Forum Acara Perniagaan Antarabangsa ke-3, ‘BE in SABAH 2026’ dijangka menarik sekitar 800 delegasi serantau dan antarabangsa, sekali gus menjadi platform strategik yang memperkukuh perdagangan, pelaburan dan pertukaran ilmu dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik.

Pengerusi Penganjur ‘BE in SABAH 2026’, Datuk Dr. Rosmawati Lasuki berkata, penganjuran forum tersebut direka sebagai platform serantau untuk dialog dan kolaborasi dalam komuniti acara perniagaan global.

“Forum ini menghimpunkan pemimpin antarabangsa dan Asia Pasifik bagi berkongsi perspektif, mengukuhkan kerjasama dan menyokong daya tahan industri jangka panjang.

“BE in SABAH 2026 akan menampilkan barisan penceramah antarabangsa berprofil tinggi mewakili institusi terkemuka dalam ekosistem acara perniagaan.

“Organisasi penyertaan termasuk International Congress and Convention Association (ICCA), International Association of Convention Centres (AIPC), Professional Convention Management Association (PCMA), firma perunding acara dan pameran antarabangsa, pusat konvensyen dan pameran utama, biro destinasi serta media industri dan organisasi strategi yang memberi tumpuan kepada kecerdasan pasaran global dan perkhidmatan penasihat destinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap BE in SABAH Forum and Malaysian Association of Convention and Exhibition Organisers and Suppliers (MACEOS) Sabah Chapter dalam Industry Connect and Media Preview di SICC, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif SICC berkata, penganjuran forum tersebut bakal dijadualkan selama dua hari bermula 4 hingga 5 Februari tahun hadapan.

Jelasnya, forum tersebut menghimpunkan wakil agensi kerajaan, badan pelancongan dan acara perniagaan, pemain industri serta media untuk menerangkan kedudukan, objektif dan skop antarabangsa yang bertemakan ‘Global Collaboration Through Business Events’ dengan kerjasama antara SICC dan MACEOS.

Mengulas lanjut, Rosmawati berkata, program dua hari tersebut, disusun melalui sesi ucaptama dan perbincangan menyeluruh yang membincangkan isu-isu yang membentuk landskap global acara perniagaan.

“Antaranya ialah pertumbuhan dan daya saing industri global, kerjasama rentas sempadan sebagai strategi komersial, kecerdasan buatan dan keputusan berasaskan data, kelestarian dan tanggungjawab iklim, kepimpinan dan daya tahan dalam pasaran tidak menentu.

“Selain itu, pembangunan tenaga kerja masa depan serta peranan acara perniagaan dalam menyokong perdagangan, pelaburan dan hasil ekonomi jangka panjang,” katanya.

Katanya lagi, hari ini merupakan acara ‘Industry Connect and Media Preview’ bagi mengukuhkan kedudukan ‘BE in SABAH’ sebagai platform penyatuan Asia Pasifik.

Beliau berkata, pendaftaran ‘Early Bird’ dibuka sehingga 31 Disember 2025 dan forum ini layak tuntutan HRD Corp.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan