RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

IPOH – Kerajaan MADANI memperuntukkan RM230 juta menerusi Skim PADURI MADANI di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi melahirkan 29,000 usahawan wanita baharu dalam kalangan golongan B40 di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skim yang diumumkan menerusi Belanjawan 2026 itu menjadi antara inisiatif berimpak tinggi kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan serta memperkasa ekonomi wanita secara inklusif dan mampan.

Menurut beliau, skim berkenaan terbuka kepada wanita warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,880 atau pendapatan per kapita di bawah RM1,470.

“Ia selari dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membina masyarakat berdaya tahan serta memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan ekonomi.

“Tiada penjamin atau cagaran diperlukan, sekali gus menjadikan skim ini lebih mudah diakses oleh kumpulan sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim PADURI MADANI di Dewan Serba Guna Bandar Baru Tambun, di sini pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, skim tersebut turut membuka peluang kepada individu yang disenarai hitam dan pernah diisytiharkan muflis untuk menyertai program keusahawanan berkenaan.

Katanya, pendekatan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat keluar daripada kitaran kemiskinan menerusi peluang ekonomi yang lebih luas dan adil.

Skim PADURI MADANI menyasarkan tujuh kumpulan utama iaitu wanita Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak, Orang Asli, komuniti Siam serta wanita B40 di kawasan bandar dan luar bandar.

Bagi kategori ekonomi seperti i-Paduri Mesra, i-Paduri Srikandi dan i-Paduri Muda, peserta boleh memohon pembiayaan bermula RM3,000.

Sementara itu, bagi kategori sosial menerusi i-Paduri Wibawa, Sejahtera, Bestari dan Penyayang, pembiayaan sehingga RM15,000 disediakan.

Pada majlis sama yang menghimpunkan kira-kira 1,000 Sahabat Usahawan AIM, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Usahawan Cemerlang Negeri Perak kepada tiga penerima.

Untuk rekod, AIM merekodkan prestasi memberangsangkan bagi tempoh Januari hingga April 2026 dengan pembiayaan berjumlah RM1.07 bilion kepada 131,105 peminjam serta mengekalkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) pada tahap sifar peratus.

Foto: Bernama

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka