Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

KUANTAN – Isu kenaikan harga barang, tekanan kos sara hidup dan cabaran ekonomi semasa menjadi fokus utama dalam Program Hasrat MADANI anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) menerusi sesi podcast bersama Wan Mahussin bertajuk “Krisis Ekonomi: Masa untuk Mengeluh atau Bertindak?” malam semalam.

Program tersebut membincangkan realiti sebenar yang sedang dihadapi rakyat ketika ini apabila ramai terpaksa berjimat cermat, mengurangkan perbelanjaan dan ada yang melakukan lebih daripada satu pekerjaan demi memastikan kelangsungan hidup keluarga.

Pegawai Eksekutif Amanah Ikhtiar Pahang, Sridayu Samsuri berkata, kerajaan tidak memandang ringan kesukaran yang sedang dialami rakyat, terutama golongan B40 dan keluarga berpendapatan sederhana yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Menurut beliau, ketika dunia sedang berdepan ketidaktentuan ekonomi global, peranan kerajaan amat penting bagi memastikan rakyat terus mendapat perlindungan serta bantuan yang sewajarnya.

Antara perkara yang disentuh ialah usaha berterusan kerajaan dalam memastikan bekalan makanan dan barangan keperluan sentiasa mencukupi bagi mengawal kenaikan harga serta mengelakkan rakyat terbeban secara mendadak.

“Dalam keadaan mencabar ini, rakyat perlukan kestabilan, peluang dan sokongan. Bukan masanya untuk saling menyalahkan, tetapi mencari jalan untuk bangkit bersama,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi podcast.

Beliau turut menegaskan bahawa masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, namun usaha membantu rakyat tidak boleh dihentikan supaya tiada golongan tercicir daripada menerima manfaat dan sokongan kerajaan.

Program itu turut menerima perhatian dan penyertaan orang ramai yang mengikuti perbincangan berkaitan isu ekonomi semasa serta langkah-langkah yang boleh diambil rakyat untuk terus bertahan dalam situasi mencabar.

Sesi podcast berkenaan diakhiri dengan seruan agar masyarakat terus kuat, saling membantu dan bersama-sama membina semula keyakinan untuk menghadapi cabaran ekonomi global yang masih belum menentu.

Related Posts

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

PUCHONG – Briar Resources Sdn Bhd (Briar Resources) memberi jaminan bekalan baja kepada lebih 200,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara tidak akan terjejas walaupun syarikat itu kini berdepan pertikaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

KUANTAN – Kutipan hasil negeri Pahang mencecah lebih RM700 juta dalam tempoh kurang enam bulan tahun ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkembangan itu sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti