Belanjawan 2026 sah diluluskan Dewan Rakyat

DEWAN Rakyat hari ini meluluskan Belanjawan 2026 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, menjadikannya belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama digubal berlandaskan kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Kelulusan dicapai melalui undian suara pada bacaan kali ketiga, yang diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, selesai membentangkan bacaan terakhir.

Sebelum ini, pada 4 November, Dewan Rakyat meluluskan RUU itu pada peringkat dasar melalui undi belah bahagian, dengan 120 Ahli Parlimen menyokong, 67 menolak, manakala 35 tidak hadir dan seorang tidak mengundi.

Belanjawan 2026, bertemakan Belanjawan Rakyat, memperuntukkan RM470 bilion, termasuk RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Selain itu, belanjawan turut merangkumi pelaburan syarikat berkaitan kerajaan berjumlah RM30 bilion, kerjasama awam-swasta sebanyak RM10 bilion, serta peruntukan RM10.8 bilion bagi badan berkanun Persekutuan dan syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.

Related Posts

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

SUBANG – Seramai 11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Nepal hari ini bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan operasi mencari serta menyelamat susulan bencana yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan reman seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000 Perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16