Kabinet kerajaan baharu Sabah dibentuk, 10 jemaah menteri angkat sumpah

KOTA KINABALU – Sabah kini mempunyai barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 10 jemaah menteri yang mengangkat sumpah depan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Kinabalu di sini pada petang Isnin.

Menerusi siaran langsung Facebook RTM Sabah, sesi menandatangani watikah bagi setiap menteri disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.

Pelantikan Kabinet baharu diumumkan selepas upacara angkat sumpah, menyaksikan struktur pentadbiran negeri terdiri daripada tiga Timbalan Ketua Menteri dan tujuh menteri penuh, merangkumi 10 portfolio utama.

Tiga Timbalan Ketua Menteri:
• Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (GRS) – Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya dan Utiliti
• Datuk Seri Masidi Manjun (GRS) – Timbalan Ketua Menteri II / Menteri Kewangan
• Datuk Ewon Benedick (UPKO) – Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan

Tujuh Menteri penuh yang dilantik:
• Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Datuk Arifin Arif (GRS)
• Pembangunan Luar Bandar – Datuk Rubin Balang (GRS)
• Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk James Ratib (GRS)
• Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat – Datuk Julita Mojungki (GRS)
• Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif – Datuk Nizam Titingan (GRS)
• Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Datuk Jafry Ariffin (BN)
• Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan – Datuk Jamawi Jaafar (PH)

Daripada 10 portfolio keseluruhan, GRS mendominasi dengan tujuh kementerian, diikuti PH (1), BN (1) dan UPKO (1) menjadikan Kabinet ini gabungan pelbagai blok politik yang menyokong Kerajaan Negeri.

Pada Ahad, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Seri Kinabalu hari ini susulan majoriti memihak kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Setakat ini, menerusi sokongan rasmi daripada UPKO (2), PH (1), STAR (2), BN (6) dan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, Hajiji kini mempunyai 46 kerusi DUN, hanya tiga kerusi lagi untuk mencapai majoriti dua pertiga.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos