Tiada penjawat awam terbabit kes spa songsang di P.Pinang

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang mengesahkan tiada pegawai kerajaan yang ditahan dalam serbuan di sebuah spa songsang di Perai, Sabtu lalu susulan tangkapan 11 lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan luar tabii.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, menerusi tangkapan yang dilakukan ke atas kesemua lelaki terbabit mendapati hanya seorang daripada mereka merupakan penuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Kita sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

“Tiada penjawat awam (ditahan semasa serbuan) dan terdapat seorang pelajar IPTA,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, kesemua tangkapan kini masih dalam tahanan reman sehingga 5 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah di dalam telefon bimbit.

Terdahulu, tular di media sosial yang mendakwa salah seorang tangkapan merupakan pegawai khas kerajaan negeri.

Semalam, media melaporkan seramai 11 lelaki termasuk remaja dan warga emas dicekup selepas disyaki terlibat dalam aktiviti songsang di sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, Perai di sini, kelmarin.

Kesemua lelaki terbabit berusia antara 19 hingga 66 tahun.

Turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam itu ialah dua lelaki tempatan berusia 57 dan 59 tahun yang merupakan pengusaha dan penjaga premis terbabit.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Gawai Dayak bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum, memelihara warisan budaya serta memperkasa daya saing rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri