Seni bela diri dapat bina disiplin anak muda

KUANTAN – “Seni bela diri mampu menjadi anak muda lebih berdisiplin dan memiliki jati diri yang kuat.”

Demikian antara pesanan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah ketika berucap merasmikan Majlis Himpunan Anak-Anak Taekwondo Negeri Pahang di sini, hari ini.

Beliau turut berkongsi rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan ibu bapa dan penjaga kepada peserta yang mengambil bahagian dalam himpunan itu.

“Sudah tentu melalui sokongan kuat daripada ibu bapa atau penjaga, membantu dalam meningkatkan tahap keyakinan diri anak-anak mereka.

“Saya yakin semua yang hadir dalam majlis hari ini ingin melihat anak-anak mereka bukan hanya menguasai seni bela diri, tapi dapat membina keyakinan diri yang tinggi,” katanya.

Kira-kira 1,000 hadir pada himpunan itu yang turut disertai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Mustaqim Zakaria dan Pembantu Penyelaras DUN Pulau Manis, Dr Boi Saidi Abd Razak.

Dalam himpunan itu juga, Master Sir Asrul, membentang sejarah penubuhan persatuan taekwondo yang diterajuinya.

Beliau berkongsi perjalanan membangunkan persatuan tersebut, termasuk cabaran getir semasa pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menjejaskan aktiviti latihan dan penyertaan ahli.

Related Posts

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

LAHAD DATU – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang merupakan pekerja sebuah stesen minyak, di sini, bagi membantu siasatan selepas dipercayai terlibat kes penyalahgunaan subsidi diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Kerja Raya dan Utiliti (KKRU) mengambil tindakan segera bagi memulihkan laluan di Jalan Tun Fuad Stephen (Tanjung Lipat) dengan melaksanakan kerja pemasangan Bailey…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Tiga pekerja stesen minyak ditahan salah guna subsidi BUDI MADANI

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Bekas CEO, CFO Tabung Haji ditahan, disyaki salah guna kuasa RM370 juta

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pasca PRN Negeri Sembilan: Apabila persepsi mengatasi prestasi

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Pemasangan Bailey Bridge di Jalan Tun Fuad Stephen dijangka siap tiga minggu

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Empat disyaki pengedar diberkas, syabu RM18,200 dirampas

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik