Shamsul Iskandar letak jawatan bukti komitmen integriti Kerajaan MADANI

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin melepaskan jawatan berikutan tuduhan salah laku sebagai contoh kesedaran moral yang menunjukkan komitmen kerajaan terhadap amalan integriti.

Menurut Anwar, tindakan berundur sebelum siasatan dimuktamadkan menunjukkan perubahan budaya politik baharu berbanding amalan terdahulu yang memperlihatkan pemimpin terus kekal di jawatan meskipun berdepan siasatan serius.

“Baru-baru ini ada kes setiausaha politik dituduh… segera berhenti. Mana ada tuduhan seperti itu? 

“Ada tuduhan untuk berhenti, SPRM siasat. Barulah kita ada integriti,” katanya semasa berucap semasa Program Townhall PMX bersama Anak Muda Inanam di sini pada Khamis.

Beliau turut membandingkan situasi itu dengan pendekatan masa lalu yang disifatkannya gagal menegakkan prinsip akauntabiliti.

“Ini kalau dulu, Perdana Menteri yang disiasat. Menantu lagi ke luar negara. Integriti apa?”soalnya.

Anwar berkata, prinsip kebertanggungjawaban harus bermula dengan pemimpin kerajaan sendiri, khususnya apabila berdepan dakwaan salah laku.

“Saya beritahu staf saya, jika anda mempunyai tuduhan, anda harus menghadapinya, selesaikan siasatan dan bersedia ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan ini penting bagi memastikan pentadbiran negara ditadbir dengan baik dan bebas daripada budaya salah guna kuasa.

“Kalau nak berjaya di negara ini, kita harus mula dengan pemerintah yang baik. 

“Jangan jadi Perdana Menteri mesti kaya, mesti ada harta di seluruh dunia,” ujarnya.

Tambah Anwar, bahawa integriti kerajaan perlu dipertahankan secara konsisten di semua peringkat bagi membina keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan MADANI.

Pada Selasa, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri berikutan dakwaan yang didakwa cuba digunakan untuk merosakkan imej Kerajaan MADANI.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow