Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

BUTTERWORTH – Sukar bagi Pulau Pinang menyelaraskan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) memandangkan jurang masa sudah terlalu jauh.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, ia juga mengambil kira tempoh mandat yang diberikan rakyat masih belum cukup lima tahun.

Menurutnya, jadual pilihan raya terkini sudah berubah disebabkan pilihan raya yang lalu yang mana menyebabkan kalendar sudah terganggu.

Katanya, adalah tidak adil bagi negeri yang masih mempunyai baki pemerintahan yang panjang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) semata-mata untuk bersama-sama dengan Parlimen.

“Sebagai contoh, Pulau Pinang masih mempunyai kira-kira dua setengah tahun lagi sebelum tamat penggal.

“Jadi, tidak adil untuk membubarkan DUN lebih awal semata-mata untuk menyelaraskan PRN dengan Parlimen selain mengambil kira hak pengundi dan mandat yang diberikan kepada kerajaan negeri ini.

“Inilah, yang menjadi cabaran untuk kita memandangkan jadual dan kalendar pilihan raya terkini telah berubah kerana pilihan raya yang lalu,” katanya ketika ditanya sama ada Pulau Pinang akan mengadakan PRN serentak dengan PRU bagi menjimatkan kos terutama dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Terdahulu, Kon Yeow ditemui media ketika merasmikan pembukaan Pusat Ortopedik Sunway Medical Centre di Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkata, beliau bagaimanapun akan akur sekiranya negeri lain yang tidak mengadakan PRN serentak dengan PRU yang lalu bersetuju membubarkan DUN masing-masing untuk bersama-sama dengan Parlimen.

“Namun, dalam hal ini juga apa-apa pun kita tunggu keputusan yang dibuat parti nanti,” katanya.

Pada PRU ke-15 (PRU15) lalu, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak mengadakan PRN serentak.

Enam negeri berkenaan mengadakan PRN pada 12 Ogos 2023 yang mana parti yang membentuk kerajaan negeri masing-masing baharu memerintah kurang daripada tiga tahun.

PRN lalu menyaksikan gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berjaya memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN yang dipertandingkan, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi 11 kerusi.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pulau Pinang akan menghantar bantuan bagi membantu kempen PRN Johor, Kon Yeow berkata, seperti kebiasaan pasti akan ada petugas yang akan digerakkan sekiranya ia diperlukan.

“Kita akan bantu dalam apa jua cara yang boleh di Johor selain kita juga masih menunggu sama ada terdapat negeri-negeri lain yang akan mengadakan pilihan raya mengejut.

“Jadi semua perkara ini akan kita tunggu dan buat keputusan kemudian,” katanya.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi