Jangan jadikan 40 peratus hasil Sabah isu, Kerajaan MADANI akan laksanakan

LIKAS – Pemulangan 40 peratus hasil Sabah tidak seharusnya dijadikan peluru politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berikutan perkara itu telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu bukan lagi isu, seperti yang telah dijelaskan beliau di Parlimen selaku seorang Perdana Menteri yang mahu membela nasib rakyat Sabah.

“Kenapa persoal tentang 40 peratus? Sekarang ini, kerajaan ini menerusi Kabinet sudah bincang. Saya semak Kabinet, semua setuju 40 peratus? Setuju. Nak rayu (di mahkamah)? Tidak. 40 peratus selesai? Ya sudah selesai.

“Boleh ke begitu? Saya cakap di Parlimen selaku Perdana Menteri. Selesai. 40 peratus bukan lagi isu. Ia akan dilaksanakan. Kerajaan mana? Kerajaan sekarang. Dulu? Tak ada. Ini yang kita kena buat,” katanya ketika berucap pada katanya dalam Grand Finale Harapan Urang Sabah di Likas, pada Khamis.

Sementara itu, Anwar mengingatkan semua pihak termasuk kerajaan yang bakal terbentuk di Sabah kelak agar tidak menggunakan kuasa untuk mencari projek atau mengaut kekayaan.

Sebaliknya, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memaklumkan, kerajaan Sabah kelak perlu gunakan kuasa untuk bangunkan negara ini dan tidak menggunakan platform ini demi kepentingan peribadi dan keluarga.

“Kerajaan Sabah mesti kuat dan Pakatan Harapan mesti kuat. Pakatan Harapan mesti dibagi menang supaya dapat bekerja dengan Sabah dan bekerja dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kemudian guna kuasa untuk bangunkan negara, bukan guna kuasa untuk cari saham dan projek.

“Saya nak beritahu kepada kawan-kawan termasuk di Sabah jadi Menteri Kewangan, jadi Perdana Menteri bukan nak kayakan diri dan anak-anak. Berkhidmat kepada rakyat. Masa ini masa untuk kita berbuat sesuatu kepada rakyat,” katanya.

  • Related Posts

    Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

    KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

    BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

    Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

    Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

    45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

    45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

    Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

    Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

    Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

    Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

    Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

    Klopp rasmi pengendali baharu Jerman