PH bertanding bukan sebab nak jadi Ketua Menteri Sabah, tegas Anwar

LIKAS – Penyertaan Pakatan Harapan (PH) dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah bukan untuk merebut kuasa ataupun menjadi Ketua Menteri.

Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan mahu memberi tumpuan kepada kerjasama erat bagi memastikan pembangunan negeri terus diperkukuh.

Menurut beliau, kerajaan negeri yang kukuh dan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan penting kerana kedua-dua pihak perlu saling mendengar dan belajar antara satu sama lain.

“Kita bukan mahu rebut jadi Ketua Menteri, kita mahu kerjasama untuk jadikan Sabah sebuah negeri yang kuat, memilik hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kalau kerajaan negeri lemah, kena baik dengan kita (Kerajaan Persekutuan), kita pun baik dengan dia (kerajaan negeri). Kita dengar dia, dia dengar kita. Kita bukan pandai semua, kita kena belajar. Namun kita bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya ketika berucap pada katanya dalam Grand Finale Harapan Urang Sabah di Likas, pada Khamis.

Beliau berkata, kerjasama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga penting bagi membawa lebih banyak pembangunan terutama dalam era teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI).

“Ini (Malaysia) antara negara yang maju, tetapi saya tidak mahu (teknologi) digital hanya bagi orang kaya. Nak semua (rakyat). Digital untuk rakyat. AI untuk rakyat. Sebab itu kerjasama Persekutuan dengan negeri perlu baik,” katanya

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata antara inisiatif dilaksanakan Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan keupayaan digital Sabah ialah pembinaan kabel dasar laut bernilai RM2 bilion yang menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Projek berkenaan akan merapatkan jurang digital antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Namun, kemajuan teknologi digital perlu memanfaatkan rakyat dan bukan sesetengah golongan sahaja. Kita tak mahu pembaharuan ini hanya bagi orang kaya,” katanya.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow