MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dilaporkan telah memaklumkan hasrat kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 diadakan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, perkara berkenaan dimaklumkan kepadanya semalam selepas kerajaan negeri memperoleh perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

“Menteri Besar Johor ada memaklumkan kepada saya hasrat kerajaan negeri untuk membubarkan DUN atas perkenan Tunku Mahkota Ismail bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutupan Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026 di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

Mengulas kedudukan politik Johor menjelang PRN, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menegaskan kerajaan negeri yang diterajui BN dibentuk sebelum kewujudan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Kita nak betulkan persepsi bahawa kerajaan Johor adalah kerajaan BN sebelum pewujudan Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional.

“Jadinya, BN mempunyai asas kukuh bagi meletakkan calon untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN di Johor,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, UMNO akan mengadakan perbincangan dalam kalangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi memperincikan langkah susulan susulan pembubaran DUN Johor.

Menurutnya, perbincangan itu turut melibatkan pemimpin parti komponen BN serta pengerusi parti di peringkat negeri bagi menyelaras strategi menghadapi pilihan raya.

“Kita akan mengguna pakai sistem jentera BN negeri seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) dan PRN,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kekuatan jentera BN yang telah diuji dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghadapi PRN Johor yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia