Kerajaan terus giat usaha selamatkan rakyat Malaysia terkandas di Hatyai

KERAJAAN melalui Kementerian Luar Negeri meneruskan operasi menyelamat rakyat Malaysia yang masih terkandas di Hatyai susulan banjir besar yang melanda selatan Thailand.

Setakat pagi ini, kementerian menganggarkan kurang 500 rakyat Malaysia masih terjejas, manakala usaha membawa mereka pulang sedang dijalankan secara berperingkat.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, seramai 177 rakyat Malaysia lagi telah berjaya diselamatkan hari ini, dan operasi menyelamat akan diteruskan pada pagi ini.

“Lebih 700 orang berjaya dipindahkan dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam, termasuk mereka yang sudah berada di pusat mangsa banjir sementara.

“Sehingga semalam, Jabatan Imigresen merekodkan 2,204 rakyat Malaysia yang menyeberangi sempadan di Bukit Kayu Hitam, Durian Burung dan Wang Kelian,” katanya.

Mohamad Hasan menjawab soalan Wong Shu Qi (PH–Kluang) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat mengenai usaha segera kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di selatan Thailand, selain langkah pencegahan bagi memastikan rakyat Malaysia lain tidak menghadapi situasi sama.

Related Posts

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) menegaskan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kekal sah, sekali gus menolak keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari