PMX tegas tolak politik perkauman demi perpaduan negara

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa politik berasaskan sentimen perkauman serta pertelagahan antara kaum dan etnik perlu dihentikan kerana tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat dan negara.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk terus mengangkat integriti, tadbir urus baik dan kepentingan rakyat sebagai teras pentadbiran.

Menurut Anwar, beliau tidak memilih gaya politik yang mencetuskan permusuhan antara kelompok tertentu, sebaliknya menekankan keperluan memperkukuh perpaduan demi masa depan negara.

“Saya tidak kempen seperti orang lain yang Bugis marah Melayu, yang Melayu marah Cina, yang Sabah marah Semenanjung, saya tak mahu itu semua,” katanya ketika berucap pada Fiesta Demi Merotai Harapan Urang Sabah di Dewan Terbuka Merotai, Tawau, malam tadi.

Beliau berkata, mana-mana individu yang berhasrat menjadi wakil rakyat atau memimpin negeri dan negara perlu memastikan amanah rakyat dipelihara sepenuhnya kerana mereka akan sentiasa dinilai.

“Siapa mahu jadi wakil rakyat, siapa mahu perintah Sabah, siapa mahu perintah Malaysia mesti jaga amanah. Angkat martabat rakyat,” ujar beliau.

Dalam ucapannya, Anwar turut mengkritik segelintir pihak yang sanggup menabur janji semata-mata untuk merebut kuasa tanpa mempertimbangkan kesejahteraan rakyat.

Beliau turut menolak tanggapan bahawa Sabah tidak memiliki kekayaan untuk dibangunkan, sebaliknya menegaskan negeri itu mempunyai potensi besar sekiranya diurus dengan cekap dan telus.

Selain itu, Anwar menekankan bahawa keamanan di Sabah yang dihuni masyarakat pelbagai etnik perlu sentiasa dipelihara kerana keharmonian tersebut menjadi asas kepada kestabilan dan kemajuan negara.

“Negeri ini mesti aman, mesti bekerjasama,” katanya.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan