BN ramal tiada parti dapat tubuh Kerajaan Negeri Sabah secara solo

SEPANGGAR – Barisan Nasional (BN) meramalkan keputusan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah pada Sabtu ini dijangka menyaksikan tiada parti yang mampu menubuhkan kerajaan negeri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau membayangkan bahawa akan berlaku kerajaan campuran sekali lagi di negeri ini.

Namun begitu kata Timbalan Perdana Menteri, beliau mengharapkan kestabilan politik diberikan keutamaan dalam pembentukan kerajaan negeri nanti.

“Saya merasakan, bacaan pada 29 hari bulan nanti (Sabtu ini), kita tahu tidak akan ada satu parti pun yang dominan di Sabah. Bacaan saya, akan ada kerajaan campuran sekali lagi di Sabah.

“Namun kita mahu melihat bahawa kestabilan politik di Sabah ini diberikan keutamaan. Kita mahu Pan Borneo diselesaikan dalam tempoh lima tahun,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersama Masyarakat Kaum India Sabah di Inanam, pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menjelaskan, partinya komited akan menyelesaikan masalah tiga serangkai, iaitu infrastruktur, bekalan air dan elektrik secara holistik.

“Tiga perkara ini mesti diselesaikan kerana rakyat Sabah juga layak untuk mendapat jalan, air bersih yang baik dan elektrik yang baik supaya rakyat boleh hidup dengan aman,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, PRN Sabah kali ini menyaksikan pertembungan sehingga 14 penjuru menerusi penyertaan pelbagai parti politik.

Beliau bagaimanapun meluahkan kebimbangan sekiranya pesta demokrasi itu bertukar menjadi sebaliknya memandangkan terlalu banyak parti bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Meskipun begitu, tidak mengapa semakin ramai yang bertanding, semakin meriah.

“Apa yang penting, saya merayu kepada semua pengundi di sini agar meneliti lambang saya (BN) dan memberikan kepercayaan pada hari pengundian,” katanya.

Related Posts

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

PUTRAJAYA – Harga petrol RON97 turun 20 sen kepada RM4.15 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.62 seliter berkuat kuasa esok. Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan