Abd Aziz Taip umum tinggalkan Warisan, sertai PKR demi masa depan Sabah

KOTA KINABALU – Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti Warisan, Abd Aziz Taip, pada Khamis mengumumkan beliau melepaskan semua jawatan dalam parti itu dan keluar daripada Warisan berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman tersebut turut menyaksikan beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian Warisan Sipitang, sekali gus menamatkan penglibatannya dalam parti berkenaan. 

Abd Aziz berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai keadaan politik semasa serta hala tuju perjuangan Sabah yang menurutnya memerlukan pendekatan lebih realistik dan menyeluruh.

“Keputusan berhijrah ke PKR dibuat atas rasa tanggungjawab terhadap masa depan Sabah, selain keyakinan bahawa PKR menawarkan platform perjuangan yang lebih jelas, terbuka dan berwibawa dalam memperjuangkan hak Sabah,” katanya semasa sidang media pengumumannya di sini pada Khamis.

Menurut Abd Aziz, keyakinannya meningkat setelah melihat kesungguhan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam mengembalikan hak Sabah di bawah MA63 termasuk tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan untuk negeri itu. 

Katanya, komitmen yang ditunjukkan Perdana Menteri menggambarkan perjuangan Sabah kini berada di landasan lebih kukuh dan bukan sekadar janji kosong.

“Saya hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menampilkan hala tuju yang jelas.

“Keputusan yang dibuat dalam parti sebelum ini sering berasaskan sentimen politik balas dendam dan bukan kepentingan rakyat,” katanya.

Abd Aziz menegaskan perjuangannya untuk rakyat Sabah tidak akan terhenti dan beliau kekal komited memperkasa ekonomi rakyat, membina modal insan serta memastikan generasi muda Sabah mendapat masa depan yang lebih cerah dan terjamin. 

Katanya, kerjasama strategik antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan adalah satu-satunya jalan terbaik untuk membawa perubahan sebenar seperti yang diimpikan rakyat selama ini.

Beliau turut menyeru penyokong agar melihat keputusan ini sebagai permulaan baharu dalam perjuangan membawa Sabah ke arah lebih maju, stabil dan bermaruah. 

“Perjuangan ini tidak berakhir, ia kini bermula semula dengan semangat baharu. 

“Kita bangkit demi Sabah yang lebih maju, lebih stabil dan lebih bermaruah,” katanya lagi.

Related Posts

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok. Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelarasan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis