Hospital Umum Sarawak bimbang stok darah merosot, rayu penderma segera tampil

KUCHING – Bank Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) merayu orang ramai, khususnya penderma darah kumpulan A dan AB, untuk tampil segera bagi membantu menampung keperluan bekalan darah yang semakin merosot.

Menurut kenyataan media pada Khamis, penggunaan darah di HUS meningkat sejak tiga minggu lalu, menyebabkan permintaan mendesak bagi kedua-dua kumpulan darah tersebut.

HUS memaklumkan purata penggunaan darah harian bagi pesakit kronik dan kes kecemasan mencecah antara 70 hingga 80 beg sehari, manakala sekitar 150 beg diperlukan di seluruh Sarawak setiap hari.

Antara kes kritikal yang bergantung kepada transfusi segera ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun, pesakit leukemia dengan kumpulan darah A, yang memerlukan dua hingga empat beg darah hampir setiap hari ekoran masalah pendarahan akibat kekurangan platelet.

Kes lain membabitkan seorang kanak-kanak lelaki penghidap Beta Thalasemia Major yang memerlukan tiga beg darah minggu ini bagi memastikan proses tumbesarannya tidak terjejas.

Turut memerlukan rawatan segera ialah seorang wanita berusia 38 tahun, kumpulan darah A, yang mengalami pendarahan dalam otak akibat tekanan darah tinggi tidak terkawal dan memerlukan empat beg darah sebelum menjalani pembedahan.

Sehubungan itu, HUS menggesa lebih ramai penderma layak, khususnya daripada kumpulan A dan AB, tampil membantu bagi memastikan stok darah sentiasa mencukupi untuk pesakit yang memerlukan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bank Darah HUS di talian 082-276797.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK