Polis Sarawak kerah 1031 petugas polis bantu kelancaran PRN17 Sabah

KUCHING – Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan seramai 903 pegawai dan anggota Kontinjen Sarawak telah dilepas tugas (flag-off) pada pagi Khamis bagi membantu penugasan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan petugas yang terlibat bagi misi bantuan sumber manusia kali ini ialah 1,031 anggota, manakala baki pegawai akan bergerak mengikut jadual penugasan yang ditetapkan oleh Polis Sabah.

Menurutnya, kesemua petugas dijangka berada di Sabah sehingga selesai proses pembuangan undi dan beberapa hari selepas itu bergantung kepada keperluan keselamatan serta kelancaran operasi.

Beliau turut menegaskan bahawa semua pegawai dan anggota telah melalui sesi latihan serta taklimat komprehensif merangkumi aspek undang-undang pilihan raya, prosedur operasi standard (SOP) keselamatan, kawalan orang ramai dan pemantauan operasi. 

“Latihan dalam perkhidmatan secara berterusan yang dilaksanakan sejak 2021 turut memastikan kesiapsiagaan anggota berada pada tahap optimum,” ujar beliau lagi.

Mengulas mengenai penentuan kawasan panas (hotspot), beliau menjelaskan perkara itu adalah di bawah tanggungjawab Kontinjen Sabah, manakala Sarawak hanya menyediakan keanggotaan bagi menyokong kelancaran tugasan operasi di sana.

“Penugasan spesifik termasuk penempatan anggota di saluran mengundi, pusat pembuangan undi atau lokasi berkaitan kempen akan diuruskan sepenuhnya oleh Polis Sabah,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan anggota yang bertugas supaya menjaga disiplin, mematuhi undang-undang serta mengekalkan imej profesional PDRM sepanjang berada di lapangan.

Related Posts

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang (RUU) Pewarisan Orang Islam 2026 yang diluluskan Kerajaan Sabah bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri menjadi langkah penting dalam memperkemas dan memodenkan perundangan Syariah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji