460 ahli Warisan sertai PKR Cabang Lahad Datu

LAHAD DATU – Penyertaan seramai 460 ahli Warisan dari tujuh cawangan yang menyertai PKR dianggap sebagai perkembangan paling positif sepanjang kempen di Segama.

Ketua Cabang Lahad Datu yang juga calon PH Segama, Romansa Lamin berkata, langkah beramai-ramai itu secara tidak langsung menunjukkan sokongan terhadap PH semakin meningkat dan diterima baik oleh penduduk serta pengundi Segama.

“Kita amat bersyukur kita menerima tujuh cawangan warisan yang keluar dari Warisan dan menyertai PH.

“Ini satu yang boleh saya anggap kemuncak siri kempen dan menandakan bahawa PH dapat diterima oleh penduduk serta pengundi di Segama,” katanya kepada media dalam Himpunan di Batu 8 Segama, pada Khamis.

Menurut Romansa, himpunan itu dihadiri sehingga 600 penduduk dari enam kampung kawasan Segama.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) ini, Romansa berdepan saingan tujuh penjuru termasuk penyandang DUN Segama sebelum ini, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Seramai 29,840 pengundi layak mengundi di DUN Segama.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa