Saya sendiri akan turun padang, gempur kedai judi – Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING – Polis Sarawak memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana premis yang dikesan menjalankan aktiviti perjudian tidak berlesen di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan kegiatan itu dan bersedia melakukan serbuan sebaik sahaja menerima maklumat sahih.

Menurut beliau, walaupun trend perjudian kini lebih banyak dilakukan secara dalam talian dan pembelian kredit sering dibuat di premis tanpa aktiviti permainan di lokasi, polis tetap memantau rapi setiap aduan yang diterima.

“Kalau benar mereka bermain judi di premis tersebut, kita boleh gempur, dan saya sendiri turun jika perlu,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata, kebanyakan premis yang disyaki hanya digunakan sebagai tempat membeli tambah nilai untuk permainan judi dalam talian, menyukarkan tindakan diambil kerana aktiviti itu tidak berlaku secara fizikal di lokasi.

Justeru katanya, polis kini turut bekerjasama dengan agensi lain termasuk MCMC dan pihak berkaitan bagi mengekang sistem perjudian dalam talian yang semakin berleluasa.

“Kita berusaha menyekat sistem itu supaya aktiviti perjudian haram tidak dapat dijalankan,” ujarnya.

Mohamad Zainal turut menasihatkan masyarakat agar menyalurkan maklumat tepat bagi membantu polis membanteras judi haram di Sarawak.

Related Posts

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok. Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelarasan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak

Lelaki berkostum Ultraman ditahan di sambutan Hari Kebangsaan peringkat Perak