Punca dendam, lelaki Nepal dituduh bunuh dua beranak

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini bagi dua pertuduhan membunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Juru di sini pada 18 Oktober lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu dibacakan kepada tertuduh, Dinesh Kumar Mandal, 35, oleh jurubahasa dalam bahasa Hindi di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Akit hari ini.

Tertuduh mengangguk faham selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membunuh seorang wanita, Sariya Che Hin, 51, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh anak angkat Sariya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim berusia 11.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di sebuah rumah di 502 Kampung Sekolah Juru, Juru, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah antara jam 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam, 18 Oktober lalu.

Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Bagaimanapun jika tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan sebatan sehingga 12 kali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pendakwaannya, Anis tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

“Tiada jaminan ditawarkan. Mohon satu tarikh untuk menunggu laporan kimia, laporan forensik telefon bimbit tertuduh dan laporan bedah siasat,” katanya.

Nurul Rasyidah kemudiannya membenarkan kes ditanggunh sehingga 26 Januari tahun hadapan.

Terdahulu, tertuduh yang berpakaian biasa tiba di pekarangan mahkamah sambil diiringi pegawai polis pada jam 9.23 pagi.

Dalam kejadian pada Oktober lalu, dua beranak ditemukan maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Juru, Juru di sini kira-kira jam 7.30 malam.

Sariya ditemukan di dapur manakala kanak-kanak berkenaan di tingkat atas.

Suspek utama yang dipercayai kenalan mangsa ditahan di pejabat imigresen ketika cuba melarikan diri ke luar negara manakala dua lagi diberkas di Bukit Tengah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail memaklumkan siasatan mendapati motif utama kejadian menjurus kepada dendam dan cemburu antara suspek dan mangsa wanita.

End.

Related Posts

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan kadar baharu air di negeri ini bermula 1 Julai depan, dengan kenaikan tarif air 8.5 peratus bagi pengguna domestik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

MARANG – Seorang lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Kuala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian