Fenomena ucapan kebencian ancam wacana politik Sabah

KOTA KINABALU – Kemunculan fenomena ucapan kebencian pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah terutama dalam media digital menimbulkan ancaman baharu terhadap kualiti wacana dan kestabilan sosial di negeri itu.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Hafidz Hakimi Haron berkata, tindakan itu bukan sahaja menjejaskan hubungan sosial, tetapi juga menurunkan martabat perbualan dalam kalangan pengamal demokrasi.

Menurutnya, pilihan raya di Sabah memiliki dinamika tersendiri berikutan faktor sejarah, MA63, isu anak negeri dan pengagihan kekayaan, namun trend baharu ucapan kebencian boleh menghakis hubungan antara komuniti majmuk di negeri itu.

“Laporan UNESCO dan IPSOS pada tahun 2023, lebih 70 peratus responden di 16 negara melaporkan peningkatan mendadak kandungan berbaur kebencian dalam talian ketika tempoh pilihan raya.

“Kajian ini menunjukkan bahawa pilihan raya sering kali memuncakkan tingkah laku digital yang toksik akibat peningkatan emosi, polarisasi dan eksploitasi isu identiti.

“Ucapan kebencian bukan sekadar fenomena komunikasi. Ia adalah cabaran terhadap integriti sistem demokrasi dan perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Dalam pada itu, Hafidz memaklumkan, pembentukan Majlis Media Malaysia (MMM) juga penting dalam memastikan liputan berita pilihan raya tidak tersasar daripada etika kewartawanan sehingga mewujudkan sentimen toksik atau perkauman.

Menurutnya, masyarakat pelbagai etnik seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Murut dan Cina juga menjadikan wacana politik Sabah kaya tetapi rentan terhadap retorik perpecahan jika tidak dikawal dengan baik.

“Oleh itu, penerapan nilai hormat, toleransi dan empati bukan sahaja penting di peringkat dasar dan sistem, tetapi juga sebagai amalan harian rakyat. Pendidikan hak asasi manusia dan sivik yang mencerminkan nilai kesederhanaan turut relevan dalam memperkukuh kembali hubungan sosial.

“Pada mada sama, sistem demokrasi digital juga memerlukan mekanisme semak dan imbang yang lebih berkesan. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti kandungan berbahaya boleh dipertimbang dengan lebih serius

“Namun ia harus berhati-hati dan dilaksana secara berimbang supaya tidak menafikan hak kebebasan bersuara secara sewenang-wenangnya. Ini selari dengan amalan antarabangsa yang menekankan perlunya pendekatan yang berimbang dalam pengawalseliaan kandungan digital,” katanya.

Tambah beliau, fenomena ucapan kebencian merupakan cabaran besar terhadap integriti demokrasi yang perlu ditangani secara menyeluruh oleh kerajaan, pengamal media, platform digital dan masyarakat.

“Menangani isu ini memerlukan pendekatan menyeluruh, yang melibatkan instrumen undang-undang, pembudayaan literasi media dan etika kewartawanan yang kukuh.

“Dalam era ini, kita perlu menegakkan wacana politik yang rasional, bermaruah dan inklusif, di mana perbezaan pendapat diraikan dalam semangat toleransi, bukannya menanam bibit-bibit permusuhan,” katanya.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Majlis Tilawah al-Quran terus semarakkan syiar Islam di Lawas

Majlis Tilawah al-Quran terus semarakkan syiar Islam di Lawas

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang