Kerajaan teliti semula mekanisme pelantikan kehakiman

KERAJAAN kini meneliti semula mekanisme pelantikan kehakiman melalui satu kajian perbandingan berasaskan bukti melibatkan model daripada negara seperti United Kingdom, Singapura, Australia dan India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kajian tersebut sedang dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU), sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh institusi kehakiman negara.

“Kajian ini dijalankan secara menyeluruh melalui sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk Badan Kehakiman, Majlis Peguam, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, institusi pengajian tinggi, pakar Perlembagaan Persekutuan, badan masyarakat sivil serta turut membabitkan pandangan awam.

“Pendekatan inklusif ini bertujuan memastikan proses pelantikan hakim dilakukan dengan lebih telus, bebas dan selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Azalina menyatakan demikian ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Hassan Abdul Karim (PH–Pasir Gudang) berhubung kemungkinan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi melaksanakan reformasi institusi kehakiman, khususnya berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara dan hakim kanan, susulan kontroversi yang berlaku pada Julai 2025.
Ujarnya, kerajaan MADANI turut menegaskan komitmen terhadap prinsip pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Penegasan ini penting bagi memastikan semua pelantikan ke jawatan tertinggi negara, termasuk hakim mahkamah atasan, dibuat mengikut peruntukan perlembagaan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak