Arus deras sukarkan usaha menyelamat warga UUM di Hatyai

SINTOK – Arus deras di sekitar Hotel Wangburapa Grand di Hatyai, Thailand menyukarkan usaha menyelamat 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas di hotel tersebut akibat banjir sejak Jumaat lalu.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, arus deras berikutan kedudukan hotel yang terletak berdekatan sungai menyebabkan sebahagian bot kecil terbalik.

“Beberapa usaha menyelamat telah dilakukan dua hari lalu namun tidak berjaya kerana arus deras,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua pelajar dan pensyarah terbabit berada dalam keadaan baik, sihat dan bersemangat tinggi menunggu operasi membawa pulang mereka ke universiti.

“Kita juga mengesan seorang pelajar yang menghidap talasemia dan menurut Pengarah Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan UUM, Dr. Adi Azhar Abdul Razak, pembawa talasemia tersebut tidak serius.

“Ibu bapa pelajar terbabit juga sudah dimaklumkan perkara berkenaan bagi mengelakkan kerisauan,” ujarnya.

Beliau berkata, pelajar dan pensyarah terlibat sangat berharap agar pihak Konsulat Jeneral Malaysia dapat menghantar bekalan makanan, minuman dan keperluan asas dengan segera.

“Kita terus berhubung dengan Pejabat Konsulat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pemimpin Islam termasuk menggerakkan alumni UUM di sana untuk membantu menghantar makanan, minuman dan ubat-ubatan.

“Pihak UUM juga amat berterima kasih kepada masyarakat sekitar yang prihatin dengan menyediakan bubur nasi untuk pelajar-pelajar dan staf UUM di sana,” jelasnya.

Tambahnya, difahamkan kerajaan turut mengambil pelbagai pendekatan untuk membantu membawa keluar pelajar dan pensyarah UUM secepat mungkin.

“UUM juga telah menyediakan kenderaan untuk mengambil pelajar dan pensyarah berkenaan di laluan yang boleh dimasuki kenderaan,” katanya.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok