United tewas 0-1 di Old Trafford

EVERTON terselamat daripada detik paling pelik di Old Trafford awal pagi tadi apabila Idrissa Gueye dibuang padang kerana menampar rakan sepasukan, Michael Keane sebelum menewaskan Manchester United 1-0.

Pemain tengah Senegal itu dilayangkan kad merah oleh pengadil Tony Harrington pada minit ke-13 selepas menampar muka Keane susulan pertengkaran panas.

Penyokong tuan rumah menjangka gelombang serangan bakal hadir, namun United gagal memanfaatkan kelebihan pemain, tumpul sepenuhnya menghadapi skuad kendalian David Moyes yang berjuang habis-habisan.

Sebaliknya, Everton yang beraksi dengan 10 pemain pula menemui jaringan, mendahului menerusi gol cantik Kiernan Dewsbury-Hall pada minit ke-29.

Dewsbury-Hall menyambut bola dan memecut ke arah gawang, melepasi kawalan Bruno Fernandes dan Leny Yoro sebelum melencongkan rembatan ke penjuru atas gol.

United menggandakan usaha selepas itu, dengan penjaga gol Everton, Jordan Pickford menepis percubaan jarak jauh Fernandes ketika babak pertama hampir tamat.

Ruben Amorim, meraikan ulang tahun pertama penampilannya bersama United, memasukkan Mason Mount menggantikan Noussair Mazraoui selepas rehat, namun pasukannya tetap gagal mencipta peluang walaupun menguasai bola.

Amorim kemudian memasukkan Kobbie Mainoo dan Diogo Dalot menggantikan Casemiro dan Yoro pada minit ke-58, namun United tetap tumpul.

Pickford menepis tandukan kencang Joshua Zirkzee ketika aksi berbaki 10 minit dan Everton bertahan untuk meraih kemenangan bermakna itu.

United turun ke padang berbekalkan rekod tanpa kalah lima perlawanan.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MA63 perlu jadi komitmen, dasar nasional – PM

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

MTPMA63: Kerajaan setuju prinsip tambah penyertaan Ahli Parlimen Sabah, Sarawak

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Pengibaran Jalur Gemilang manifestasi cinta dan kebanggaan terhadap negara

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak