Legenda Bollywood, Dharmendra tutup usia

DUNIA perfileman Bollywood kehilangan satu permata seni apabila pelakon veteran, Dharmendra disahkan meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Juhu, India.

Berita pemergian beliau dikongsikan pengarah terkenal, Karan Johar menerusi beberapa hantaran di Instagram.

Bagaimanapun, punca kematian aktor 70-an itu masih belum diketahui setakat ini.

Perdana Menteri India, Narenda Modi turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang susulan pemergian insan tercinta dengan mengatakan ‘maka berakhirlah satu era perfileman’.

Dharmendra dikenali kerana lakonannya yang berkesan dalam filem seperti Ayee Milan Ki Bela, Phool Aur Patthar, Aaye Din Bahar Ke, Seeta Aur Geeta, Raja Jani, Jugnu, Yaadon Ki Baaraat, Dost, Sholay, Pratiggya, Charas, Dharam Veer dan lain-lain.

Kali terakhir kemunculan mendiang dalam layar perak adalah melalui filem Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani arahan Karan Johar pada 2023.

Dilahirkan pada 8 Disember 1935 di sebuah perkampungan di Nasrali, Ludhiana, Punjab dalam sebuah keluarga Jatt-Sikh kelas sederhana, beliau dinamakan Dharam Singh Deol.

Dharmendra sebelum ini dimasukkan ke Hospital Breach Candy, Mumbai pada awal November akibat komplikasi kesihatan.

Mendiang bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital pada minggu lalu dan menerima rawatan di rumah.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar