Kenyataan MP Kota Melaka pandangan peribadi, tidak semua isu komunikasi tanggungjawab JKOM

PENAMPANG – Tidak semua isu berkaitan komunikasi kerajaan dibebankan kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) atau Kementerian Komunikasi, kerana setiap kementerian mempunyai Unit Komunikasi Korporat (UKK) serta setiausaha akhbar (SUA) yang memainkan peranan masing-masing.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, persepsi yang timbul seolah-olah kelemahan tersebut berpunca daripada JKOM adalah kurang tepat, memandangkan struktur komunikasi kementerian persekutuan telah melibatkan pelbagai unit dan pegawai komunikasi di peringkat masing-masing.

Menurutnya, penambahbaikan komunikasi kerajaan tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada jabatan itu kerana keberkesanan penyampaian maklumat melibatkan kerjasama setiap kementerian.

“Beberapa perkara yang ditegur oleh Ahli Parlimen tersebut, tidak semestinya tugas itu adalah di bawah Kementerian Komunikasi. Setiap Kementerian ada unit komunikasi koporat.

“Setiap Menteri juga ada setiausaha akhbar. Jadi sekiranya sesuatu itu di bawah bidang kuasa mana-mana menteri atau kementerian, maka sudah pasti UKK dan SUA bagi Kementerian dan menteri juga mempunyai peranan. Jadi bukan semua adalah tugasan untuk Kementerian Komunikasi semata-mata,” katanya kepada wartawan selepas mengadakan lawatan di Pusat Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Majulan Hotel, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang sebelum ini mengkritik prestasi JKOM, termasuk membangkitkan isu sebuah podcast yang dikaitkan dengan kelemahan jentera komunikasi kerajaan.

Mengulas lanjut, Fahmi menyifatkan kenyataan Poay Tiong berhubung keperluan JKOM dirombak semula hanyalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan keseluruhan operasi agensi kerajaan itu secara tepat.

“Dia (Poay Tiong) ada persepsi masing-masing. Mungkin rakan-rakan dalam di kalangan ahli-ahli Parlimen, mereka ada pandangan tertentu dan kita hormati pandangan itu.

“Ahli Parlimen Kota Melaka, dia membangkitkan tentang satu podcast yang disiarkan dalam satu platform. Tapi sebenarnya podcast yang sama ada disiarkan dalam pelbagai platform. Dan bila kita teliti secara keseluruhan, ia tidaklah seburuk seperti yang didakwa oleh ahli Parlimen tersebut.

“Kadangkala (ia) ditafsirkan sebagai dalam satu-satu platform. Tapi dia (podcast Ketua Pengarah JKOM) ada berbagai platform. Dalam TikTok, Facebook, macam-macam. ,” katanya

Beliau berpendapat, walaupun pihaknya menghormati setiap pandangan wakil rakyat, termasuk daripada kerajaan dan pembangkang, adalah penting untuk menilai sesuatu dakwaan secara menyeluruh, bukan berdasarkan tafsiran pada satu platform atau pandangan terpencil.

“Kita terima dengan hati terbuka, usaha untuk menambah baik. Jadi saya telah mengarahkan supaya pihak JKOM meneliti cadangan-cadangan, rombakan yang bersesuaian untuk memenuhi hasrat supaya maklumat sampai kepada komuniti.

“Saya ada terima laporan tentang gerak kerja JKOM. Ada beberapa perkara boleh dimantapkan,” katanya.

Related Posts

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Kerajaan Perpaduan telah disepakati namun ditukar Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan parti itu membuktikan UMNO sedang melakukan repositioning politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU