Fahmi tegur pempengaruh sebar kandungan mengelirukan, gesa hasilkan yang berkualiti

PENAMPANG – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan pempengaruh media sosial agar lebih bertanggungjawab, susulan peningkatan kandungan mengelirukan yang menurutnya menjadi antara punca generasi muda hilang kepercayaan terhadap maklumat yang mereka tonton setiap hari.

Beliau berkata sesetengah ‘influencer’ dilihat menghasilkan kandungan sensasi tanpa mengambil kira kesan terhadap masyarakat, khususnya golongan remaja yang mudah terpengaruh.

“Kadang-kadang ‘influencer’ jadi punca anak muda tak begitu percaya kandungan yang mereka tonton.

“Jadi saya menyeru kepada semua ‘influencer’ supaya menghasilkan kandungan berkualiti dan beretika,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penutupan Bengkel Komuniti Filem Belia Kreatif di NADI Kampung Inobong, di sini pada Selasa.

Teguran itu dibuat ketika kerajaan sedang meneliti cadangan menetapkan had umur minimum 16 tahun untuk akses media sosial, susulan trend peningkatan jenayah dalam talian yang mensasarkan kanak-kanak.

Fahmi berkata langkah tersebut dipacu oleh dapatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM yang merekodkan peningkatan kes eksploitasi seksual digital, termasuk melalui Operasi OP PEDO yang menahan 31 individu berusia antara 12 hingga 71 tahun dan merampas lebih 800,000 fail berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Saya risau, sebagai menteri yang bertanggungjawab memasang internet, memastikan ia laju dan murah, tapi jika disalah guna penjenayah, saya rasa berdosa,” katanya.

Menurut Fahmi, ruang digital kini terlalu berisiko untuk dibiarkan tanpa kawalan, dan kanak-kanak di bawah 16 tahun tidak wajar terdedah kepada bahaya tersebut tanpa bimbingan.

“Bila dah 16 tahun, nak main Facebook, Instagram mainlah. Tapi bawah itu, biarlah mereka main bola, berkawan, bina akhlak dan komunikasi,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa fenomena ‘doom scrolling’ menjadi antara punca anak muda hilang fokus serta mengalami gangguan kesejahteraan mental dan oleh itu peranan pempengaruh dalam membentuk tingkah laku pengguna tidak boleh dipandang ringan.

Dalam masa sama, Fahmi merakamkan penghargaan kepada FINAS dan rakan industri yang bekerjasama memastikan ruang digital negara kekal selamat untuk pengguna muda.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA