Samasuddin nafi dakwaan BN tidak bantu PH di Merotai, kerjasama kekal utuh

TAWAU – Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Samasuddin Yusop menafikan dakwaan kononnya BN tidak membantu jentera PH di DUN Merotai serta menyokong Warisan sebaliknya menyatakan hubungan BN dan PH kekal utuh.

Beliau berkata, sangkaan itu tidak benar dan hanya bersifat khabar angin kerana beberapa program bersama juga dibuat bagi menyokong calon PH di Merotai.

“Sebab kita masih lagi memegang tentang hubungan BN-PH di mana beberapa rakan-rakan BN sudah mengadakan program di Merotai untuk membantu PKR di sana.

“Jadi sangkaan UMNO Kalabakan menyokong Warisan itu cuma rasanya berita palsu sahaja sebab kita masih berpegang teguh terhadap prinsip BN-PH di Kalabakan ini,” katanya kepada media selepas lawatan ke Pusat Media di Hotel Heritage, di Tawau.

Menurut Samasuddin yang juga calon DUN Tanjung Batu, pergerakan jentera BN di Merotai ketika ini hanya secara tidak langsung memandangkan masih terdapat perkara dalam perbincangan.

“Saya dan Ruji (calon PH Merotai) juga ada berhubung secara langsung atau secara bersemuka dan melalui telefon berkenaan perkembangan antara Kalabakan dan Merotai khususnya,” ujarnya.

Mengenai bekas ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang membantu GRS di kawasan itu, Samasuddin berkata, pihaknya kini hanya berfokus untuk memenangkan BN di kawasan ditandingi.

“Soal status hari ini kita pun tahu Datuk Andi digantung keahliannya tapi untuk selepas ini mungkin perkara-perkara ini akan dibincangkan selepas selesai pilihan raya.

“Kerisauan tu mesti ada kerisauan tapi saya yakin dan percaya iaitu kesetiaan terhadap UMNO-BN dan kesetiaan pengundi terhadap sumbangan BN sebelum ini.

“Feedback kita terima dari pengundi mereka tetap percaya bahawa BN adalah pilihan terbaik, cuma kadang-kadang yang mengecewakan adalah tentang pemimpin yang telah menang dipilih membawa haluan yang berbeza dengan pilihan rakyat sebelumnya,” katanya.

Related Posts

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berharap lebih ramai calon muda diberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung tidak lama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

SIPITANG – Isu bekalan tenaga kini menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi banyak negara di seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, ketidak tentuan geopolitik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan