Banjir Hatyai: Operasi pemindahan warga UUM ditangguh seketika

SINTOK – Operasi pemindahan 40 pelajar termasuk pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) ke tempat yang selamat ditangguhkan sementara berikutan hujan lebat melanda Hatyai, Thailand.

UUM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tindakan itu dibuat setelah mendapat makluman berhubung situasi semasa selain mengambil kira arahan dari pihak berkuasa.

Menurutnya, koordinasi antara Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dengan pihak berkuasa tempatan di Hatyai hanya akan dilaksanakan secepat mungkin apabila hujan mulai reda.

“Seramai 40 pelajar serta empat pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz yang mengikuti program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025 telah terkandas buat sementara waktu di Hatyai sejak 22 November lalu.

“Pihak universiti ingin menegaskan bahawa kebajikan dan keselamatan semua pelajar serta staf adalah keutamaan UUM dan kini sedang memantau keadaan ini secara berterusan,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, pihak universiti sentiasa berhubung rapat dengan Konsulat Malaysia di Hatyai bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat diberikan segera.

Setakat ini, kesemua pelajar dan pensyarah pengiring dilaporkan dalam keadaan selamat.

“Pihak universiti sedang menyelaras tindakan yang perlu bagi memastikan urusan kumpulan ini dapat diteruskan dengan baik setelah keadaan kembali pulih,” katanya.

Related Posts

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab membela diri atas pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

KUCHING – Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) membuat satu laporan polis berhubung penularan klip video di platform TikTok yang memaparkan tindakan biadab seorang individu memijak bendera Sarawak baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

  • By Ithma
  • August 20, 2026
Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi

  • By Ezmie
  • August 20, 2026
Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi