Ahli Parlimen Miri serahkan sumbangan alat tulis kepada pelajar Tingkatan 5

MIRI – Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) awal bulan ini, Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mengunjungi beberapa sekolah menengah di kawasan Parlimen Miri untuk menyerahkan sumbangan alat tulis kepada pelajar Tingkatan 5 sebagai tanda sokongan moral.

Program ‘Penyerahan Peralatan Tulis SPM’ ini dilaksanakan di seluruh sekolah menengah dalam kawasan Parlimen Miri.

Semasa lawatan, beliau memberi dorongan serta motivasi kepada para pelajar sambil menyerahkan sendiri set peralatan tulis kepada para pelajar yang bakal memduduki SPM yang akan datang.

Menurut beliau, kejayaan pelajar bukan sahaja bergantung kepada kecerdasan intelektual tetapi juga usaha gigih, disiplin, dan semangat tidak berputus asa. Beliau menasihati pelajar supaya menggunakan masa yang tinggal sebelum peperiksaan untuk mengulang kaji, memperkukuh kefahaman, dan menyiapkan diri dengan penuh keyakinan.

“Perjalanan ini mencabar, tetapi jangan sesekali berputus asa. Setiap usaha yang dicurahkan pasti akan membuahkan hasil,” kata beliau. 

Beliau turut menegaskan bahawa pendidikan merupakan asas penting dalam membina masa depan yang lebih cerah, bukan sahaja untuk individu tetapi juga bagi pembangunan masyarakat dan negara. Program ini mendapat sambutan hangat daripada pihak sekolah dan pelajar.

Guru-guru menghargai keprihatinan beliau terhadap keperluan dan semangat pelajar, manakala para pelajar melahirkan rasa teruja serta berterima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan.

Beliau berharap inisiatif ini akan terus memotivasi pelajar untuk menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan cemerlang, sekali gus membawa nama baik keluarga, sekolah, dan masyarakat setempat. 

Beliau juga menekankan sokongan berterusan daripada guru, ibu bapa, dan komuniti amat penting dalam memastikan kejayaan pelajar.

Program ini selaras dengan semangat Malaysia MADANI, yang menekankan kesejahteraan rakyat, kepedulian sosial, dan pembangunan insan secara menyeluruh. Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2025 di Miri.

“Teruskan berusaha, fokus semasa menduduki peperiksaan, dan yakinlah dengan kemampuan diri. Anak-anak Miri, anda semua boleh!” tambah beliau.

Related Posts

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

KUCHING – Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik langkah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan kemerosotan kualiti udara di Sarawak serta menyifatkannya sebagai satu pendekatan proaktif demi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab membela diri atas pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

  • By Ithma
  • August 20, 2026
Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang