Hamas-Mesir bincang gencatan senjata Gaza

DELEGASI Hamas bertemu Ketua Perisikan Mesir, Hassan Rashad di Kaherah bagi membincangkan perkembangan pelaksanaan gencatan senjata Gaza.

Dalam kenyataan ringkas, Hamas berkata pertemuan itu menyentuh situasi semasa di Gaza serta persiapan fasa kedua perjanjian, namun tidak mengulas lanjut, lapor Anadolu.

Delegasi tersebut diketuai Muhammad Darwish bersama beberapa pemimpin kanan Hamas.

Hamas menegaskan komitmennya terhadap fasa pertama perjanjian, tetapi memberi amaran bahawa pelanggaran oleh Israel boleh menggugat persefahaman yang dicapai. Pihaknya turut menggesa mekanisme pemantauan yang jelas bagi menghentikan pelanggaran secara segera.

Pejabat Media Kerajaan Gaza melaporkan 342 penduduk Palestin terbunuh sejak gencatan bermula, manakala Israel enggan memulakan rundingan fasa kedua sehingga baki mayat tebusan diserahkan.

Hamas menjelaskan usaha mencari mayat berkenaan mengambil masa berikutan kemusnahan besar di Gaza. Setakat ini, 20 tebusan hidup dan 27 set mayat telah diserahkan.

Hamas turut mengemukakan isu pejuang Briged al-Qassam yang terperangkap di belakang garisan kuning di Rafah selepas komunikasi terputus.

Tentera Israel sebelum ini mendakwa membunuh dan menahan 17 pejuang Hamas yang cuba melarikan diri melalui sebuah terowong di timur Rafah.

Related Posts

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

KUALA PILAH – Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang membangkitkan soal asal-usul kaum di Malaysia membuktikan keperluan negara mengamalkan budaya politik matang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

PKR nafi Nicky Liow ahli parti