BN yakin boleh menang PRN17 Sabah

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas kembali Sabah berdasarkan 45 kerusi ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, sekali gus memberi peluang kepada gabungan itu menguasai pentadbiran negeri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keyakinan itu disokong dengan komitmen dan persiapan jentera serta sambutan akar umbi yang memberangsangkan.

“Di Sabah, BN bertanding 45 kerusi, sudah tentulah kita ada keyakinan untuk menang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Visionary De’ Tea Logue anjuran Yayasan Pahang di sini, petang tadi.

Menurutnya, jumlah kerusi ditandingi BN memadai untuk gabungan itu membentuk kerajaan negeri.

“Alhamdulillah penerimaan baik. Radu tetap radu, radu sampai menang,” katanya yang turut turun berkempen di Sabah.

Hari Mengundi PRN17 Sabah pada Sabtu ini menyaksikan 596 calon mengesahkan pencalonan bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Jumlah itu meningkat berbanding PRN Ke-16 yang hanya mencatatkan 447 calon.

Fenomena itu memberikan kesan besar dengan pertandingan tertinggi 14 penjuru di DUN Tulid, diikuti 13 penjuru di Bandau, Tamparuli, Inanam dan Kapayan manakala Banggi dan Moyog masing-masing 12 penjuru.

Paling sedikit ialah Senallang dan Merotai dengan empat penjuru.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung