Suspek bersenjata culik 315 murid, guru sekolah Katolik

ABUJA – Seramai 315 murid dan guru dilaporkan diculik dalam satu serangan ke atas sekolah Katolik di negara bahagian Niger, menjadikan kejadian itu penculikan massal kedua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Nigeria.

Ia berlaku pada awal pagi Jumaat apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh St Mary School.

Laporan awal mendapati hanya puluhan mangsa diculik, namun angka itu meningkat setelah proses verifikasi dilakukan.

Menurut Asosiasi Kristian Nigeria, jumlah sebenar mangsa adalah 303 murid dan 12 guru.

Angka ini mewakili hampir separuh daripada 629 murid berdaftar di sekolah berkenaan.

Berikutan kejadian itu, kerajaan negeri Niger bertindak menutup sejumlah sekolah sebagai langkah keselamatan.

Negeri-negeri berdekatan seperti Katsina dan Plateau turut mengarahkan semua sekolah ditutup bagi mengelakkan risiko penculikan baharu.

Penculikan besar-besaran ini berlaku hanya beberapa hari selepas insiden serupa di sebuah sekolah di negeri Kebbi pada 17 November, yang menyaksikan 25 pelajar perempuan diculik.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Nigeria, Bola Tinubu membatalkan beberapa pertemuan antarabangsa, demi menangani krisis keselamatan semakin meruncing itu.

Nigeria kini berdepan kebimbangan baharu susulan rangkaian penculikan dan serangan terhadap gereja di wilayah barat negara itu yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang baru-baru ini.

Related Posts

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

JEDDAH – Program Pengalaman Jemaah Arab Saudi mencatatkan pencapaian utama dalam meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah dan penziarah pada 2025, dengan menyambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN