PH optimis peningkatan sokongan pengundi Cina di DUN Gum-Gum

SANDAKAN – Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum, Abdul Said Pimping menyifatkan sokongan pengundi khususnya dalam kalangan komuniti Cina semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah (PRN17) Sabah.

Beliau berkata, perkembangan itu dapat dilihat melalui kehadiran pengundi pada program ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sandala yang dikendalikan Ketua Masyarakat Cina DUN Gum-Gum, Fong Phui Kim.

“Daripada hari ke hari, sambutan semakin ketara, bukan sahaja di PDM Sandala tetapi juga di Batu 8 dan Batu 14.

“Ini memberikan keyakinan bahawa penerimaan terhadap PH semakin baik,” katanya ketika ditemui selepas program Ceramah Kelompok di PDM Sandala, Batu 14 di sini pada Ahad.

Menurut Abdul Said, walaupun tiada isu besar dibangkitkan pada sesi berkenaan, beliau memahami keperluan asas yang sering menjadi tumpuan komuniti setempat.

“Antaranya adalah longkang dan parit kecil yang perlu diperbesarkan bagi mengelakkan banjir, selain beberapa kemudahan asas lain yang memerlukan perhatian segera.

“Jika diberi mandat, saya akan fokus menangani semua permasalahan ini,” katanya.

Beliau turut menyeru pengundi memberi peluang kepadanya sebagai calon baharu yang dipilih oleh pimpinan pusat diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Harapan saya besar. Berilah saya peluang untuk berkhidmat.

“Insya-Allah, saya akan melakukan sebaik mungkin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan