Slogan pembangkang tidak boleh pakai, Sabah mahu maju – Hajiji

TAMPARULI – Pelbagai slogan yang dibawa parti lain untuk menarik sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17 Sabah) disifatkan sebagai tidak menggambarkan realiti sebenar Sabah pada hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ada parti yang menggunakan slogan ‘Selamatkan Sabah’, ‘Kasi Bagus Sabah’ dan ‘Bikin Balik Sabah’ tapi tidak tahu apa yang mahu diselamatkan dan apa yang mahu dibaiki atau dibuat semula.

Katanya, tawaran yang bermacam-macam dengan menggunakan pelbagai slogan itu bertentangan dengan pencapaian kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinannya yang dilakar selama lima tahun lalu.

“Pilihan raya ini amat penting sekali kerana undi kita akan menentukan kerajaan yang akan memerintah lima tahun lagi untuk Sabah.

“Saya ingin menyatakan bahawa banyak parti lain yang menawarkan bermacam-macam, ada dulu sudah diberi kesempatan oleh rakyat untuk menjadi kerajaan dan sekarang sekali lagi bertanding dengan membawa slogan bermacam-macam.

“Ada yang datang dari seberang bawa slogan ‘Kasi Bagus Sabah’, saya pun tidak tahu apa dia mahu kasi bagus Sabah.

“Ada parti lain pernah gagal dua tahun setengah (memerintah Sabah), slogan dia ‘Selamatkan Sabah’, apa yang mahu diselamatkan?

“GRS telah membuktikan selama lima tahun pelbagai usaha dan kejayaan kita telah bawa kepada Sabah dan membela rakyat miskin di bawah yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

“Sekarang baru mereka buka mata mahu ‘Selamatkan Sabah dan ‘Kasi Bagus Sabah dan apa lagi, ‘Bikin Balik Sabah’.

“Slogan ini tidak boleh pakai di Sabah, Sabah mahu maju ke depan,” katanya berucap pada Program Jelajah Mega Tamparuli di tapak tamu Pekan Tamparuli, di sini, pada Ahad.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, jika mahu maju, rakyat negeri ini perlu memilih GRS, termasuk di kawasan DUN Tamparuli dan Kiulu.

“Kita mahu bangunkan Sabah, kita mempunyai pelbagai inisiatif yang terbukti lima tahun ini kita dapat jayakan.

“Hanya yang buta mata atau sengaja tidak mahu tahu apa yang dilakukan GRS selama lima tahun lalu menafikan pencapaian GRS.

“Di samping membangunkan ekonomi, kita juga tidak lupa rakyat di bawah, kita bela rakyat kita yang susah dan masih memerlukan bantuan kerajaan, banyak inisiatif yang kita bagi kepada mereka.

“Saya nyatakan salah satu program tahun ini yang dipanggil SYUKUR, iaitu bantuan RM300 sebulan kepada rakyat miskin dalam senarai ekasih, kira-kira 100,000 orang dapat dan kita akan teruskan lagi kalau kita menjadi kerajaan semula.

“Selain itu, kita akan bagi juga termasuk bantuan kepada mereka yang berumur lebih 60 tahun. Maknanya kita buat kerja, kita ada dana dan ada lagi satu saya cadangkan iaitu kita akan bantu rakyat yang membeli rumah pertama berharga bawah RM500,000,” katanya.

Jelasnya, GRS sudah berjaya membawa Sabah ke landasan yang betul menerusi pelbagai perancangan yang disusun sebelum ini bagi memastikan negeri ini terus maju dan membangun.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Sabah supaya tidak tersalah pilih pada hari mengundi nanti, sebaliknya hanya memilih calon GRS di semua kawasan di mana gabungan itu bertanding.

Dalam ucapannya, Hajiji turut menyatakan kesediaan kerajaan untuk menimbang cadangan disuarakan Bonaventure mengenai usaha menaik taraf daerah kecil Tamparuli sebagai daerah penuh, setelah GRS diberi mandat dalam PRN17 Sabah 2025.

Tambahnya,  sebelum ini dua daerah kecil sudah dinaik taraf kepada daerah penuh iaitu Paitan dan Sook.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula