‘Gunakan’ saya sebagai jambatan penyelesaian isu, pembangunan Merotai – Ruji

KALABAKAN – “Lima tahun ini ‘gunakan’ saya sebagai jambatan untuk penyelesaian isu, kemajuan dan pembangunan Merotai,” kata calon PH DUN Merotai, Datuk Ruji Ubi.

Menurutnya, setiap isu yang berbangkit dapat diselesaikan sekiranya ADUN berkenaan daripada parti kerajaan.

“Saya maklum isu-isu berbangkit yang selalu disuarakan seperti insfrastruktur, dokumentasi serta tanah adat dan saya tahu urusan-urusan penyelesaian isu ini.

“Orang kampung perlu bantuan, jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta saya bersara awal.

“Jadi kalau orang Merotai, orang Kampung Haji Matahir lepaskan peluang ini, amat sayang (rugi),” katanya berucap di Kampung Haji Matahir, Merotai, pada Ahad.

Beliau mengambil contoh enam beradik dari Kampung Langsat yang mempunyai masalah dokumentasi (isu mengurus dokumen) dan menghantarnya kepada pihak berkaitan untuk penyelesaian isu mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Ruji turut mengingatkan pengundi agar tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak benar.

“Gunakan peluang ini (undi) untuk masa depan lima tahun akan datang dengan memilih calon kerajaan,” ujarnya.

Related Posts

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO