Slogan cantik tapi kosong: Calon PN berdepan reaksi negatif, penolakan urang Petagas

PETAGAS – Kenyataan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, Dr Mohd Afifi Shaiffuddin, yang membawa pendekatan ‘bersih, berintegriti dan bebas rasuah’ menerusi kempennya mengundang pelbagai reaksi negatif dalam kalangan penduduk setempat.

Majoriti ‘urang’ Sabah menerusi media sosial menyifatkan slogan yang dibawa oleh calon tersebut sebagai retorik politik serta janji tipikal menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Walaupun Dr Afifi menerusi hantaran Facebook menegaskan partinya bertanding demi membawa suara rakyat, bukan untuk mengejar glamor atau jawatan namun kenyataan itu tidak disertai
pelan tindakan jelas, terutama membabitkan isu asas seperti kesesakan jalan, pembangunan seimbang dan peluang pekerjaan di kawasan berkenaan.

“Lima tahun sekali baru nak nampak, bukan pengerusi kamu sekarang ini pun tengah hadapi kes rasuah. Bagaimana kamu mahu kata parti kamu bersih jika pemimpin kamu pun terpalit dengan rasuah,” kata Zulkfili Zain.

“Rakyat Sabah tolak parti PN, Pas dan Bersatu yang menunggang agama. Kami tidak terima parti seperti ini,” tegas Zainab di ruangan komen hantaran kenyataan Dr Afifi.

Pada masa sama, netizen turut mempersoalkan pendekatan beliau yang dilihat lebih banyak menekankan seruan moral berbanding pelan terperinci, selain kurang menonjolkan rekod nyata yang boleh dijadikan ukuran prestasi.

“Pengundi Petagas sudah melalui banyak pusingan janji politik. Mereka mahukan sesuatu yang lebih kukuh daripada slogan,” kata Zaim.

“Asyik perkara ini je, orang Sabah bukan mahu janji seperti ini namun apa penyelesaian yang boleh dibawa oleh masyarakat di kawasan yang bertanding. Kalau macam ini, bungkuslah kamu,” luah Fook Sai.

Terdahulu, 10 penjuru itu Afifi akan berentap bersama Datuk Awang Husaini Sahari daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Uda Sulai mewakili Warisan serta Awang Ahmad Shah yang bertanding Bebas.

Kerusi DUN Petagas turut ditandangi Aslin Samat (Parti Impian Sabah), Sabreezani Sabdin Ghani (Anak Negeri), Dr Mohd Afifi Shaiffuddin (PN-PAS), Lee Nyuk Soon @ Jason Lee (UPKO) dan Patrick @ Peter Manius (Bebas/IND), Adelaide Cornelius (KDM), dan Annita Shiela F.Among (STARSABAH)

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuka satu persoalan besar yang perlu direnungi oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Melayu. Adakah kita memilih kerajaan berdasarkan prestasi, atau berdasarkan sentimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa