SPR ingatkan pengundi pos agar patuhi kerahsiaan undi, jangan tular kertas undi pos

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi peringatan tegas kepada semua pengundi pos agar mematuhi peraturan kerahsiaan undi dengan tidak merakam atau menyebarkan sebarang gambar kertas undi mereka di media sosial, bagi memastikan integriti proses pilihan raya terpelihara.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus hari ini mengesahkan sebanyak 22,881 kertas undi pos telah dikeluarkan bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, melibatkan tiga kategori pengundi pos di seluruh negeri.

Beliau berkata, pengeluaran kertas undi pos itu dilaksanakan pada 17 hingga 18 November oleh petugas undi pos di semua 73 bahagian pilihan raya negeri.

“Jumlah itu merangkumi 21,362 kertas undi pos kategori 1A, iaitu untuk petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, tentera serta petugas media.

“Selain itu, 336 kertas undi pos dikeluarkan untuk kategori 1B, membabitkan warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara, manakala 1,183 kertas undi pos adalah untuk kategori 1C bagi agensi dan organisasi,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Menurutnya, proses pengeluaran kertas undi pos turut disaksikan oleh ejen undi pos mewakili parti politik atau calon yang bertanding.

“SPR turut mengingatkan semua pengundi pos agar menandakan kertas undi dengan betul, mengisi Borang 2 (Borang Pengisytiharan Identiti) dengan lengkap dan mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN masing-masing sebelum pukul 5.00 petang pada Hari Mengundi, 29 November,” tambah beliau.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang