Penduduk Sindumin letak harapan tinggi terhadap Yamani Hafez

SIPITANG – Penduduk sekitar daerah Sipitang terutamanya kawasan Sindumin menyatakan harapan tinggi terhadap Datuk Yamani Hafez Musa selepas dicalonkan sebagai calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin.

Bagi Marlinah Umar, sokongan terhadap Yamani Hafez bukan perkara baharu kerana beliau dianggap konsisten turun padang sejak menjadi calon di kawasan itu.

“Kalau saya, Hafez memang okey. Dari dulu pun kami memang sokong dia kali ini, dia menjaga rakyat.

“Harapan saya sekiranya Hafez menang, setiap janji yang dibuat dapat ditunaikan demi kesejahteraan penduduk.

“Yang paling terkesan sekarang ini jalan raya, air, elektrik. Bukan Sindumin saja, seluruh Sipitang.

“Kalau boleh dibaiki, itu yang kami harapkan,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press, di sini pada Rabu.

Seorang lagi penduduk, Umar Jamrud, berpandangan aura dan komitmen Yamani Hafez mula menarik perhatian masyarakat apabila beliau dilihat aktif mengunjungi lokasi tumpuan penduduk sekitar Sipitang sejak kebelakangan ini.

“Gerakan dia menarik, dia pergi ke tempat-tempat ramai orang di Sipitang ini. Komitmen itu buat orang tertarik,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk kampung Sindumin yang tidak mahu dikenali berkata, mereka akan menyokong PH jika parti itu menampilkan calon yang mampu membawa pembaharuan.

“Kalau calon Pakatan Harapan memerintah nanti, kami harap ada kemajuan lebih baik,” katanya.

Antara isu utama yang dibangkitkan ialah masalah bekalan air, jalan raya, elektrik, meningkatkan sektor pertanian serta penetapan jelas mengenai pengambilan tanah agar penduduk yang belum memiliki tanah mendapat pembelaan sewajarnya.

Penduduk berharap suara mereka kali ini diberi perhatian serius selaras dengan keperluan asas yang mendesak di kawasan Sipitang.

Related Posts

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Kerajaan Perpaduan telah disepakati namun ditukar Kerajaan MADANI tanpa pengetahuan parti itu membuktikan UMNO sedang melakukan repositioning politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan